dugaan Ramadhan

assalamualaikum people!!

alahai lama sungguh saya tak singgah blog. busy sikit tahun ni.. nk buat macam mana.. saya kena achieve target @ azam tahun 2016. HABISKAN MASTER! insyaAllah. man jadda wajadda...

oh ya. tak sedar, ramadhan 2016 dh nak habis. sobs sobs... bnyak amalan yang saya tak dapat buat.. sabab saya mengalami masalah wanita.. meh saya cerita kronologi masalah period saya..

19 feb 2016.. darah kotor yang keluar tak banyak. sikit2. tp sampai 11 hari..

21 mac 2016 .. kembali period smpai hari ke 15 disertai dengan istihadah selama 3 hari. (18 hari brdarah) condition still sama.. darah sikit2...

20 april 2016 .. cycle baru bermula semula. darah masih sama. sikit2.. tapi bermula pada bulan ini.. hampir sebulan darah keluar.. (darah yg sikit2 istihadah berlangsung smapai cycle baru bermula)

17 mei 2016 .. cycle baru bermula dengan kekeliruan antara darah haid dengan istihadah. (bulan ni consult dengan Dr. kat klinik kesihatan. saya terima ubat utk hentikan darah). still.. makan ubat (tempoh seminggu)  takde kesan pon.. darah tetap keluar.. masa ni saya dah hentikan sebarang pengambilan supplement..

25 mei 2016 .. jumpa dr, utk set appointment amek darah. untuk cek apa masalah saya.. complete check up darah.. yg saya ingat je la ye saya mention.. cek hormon, cek gula dlm darah, kolestrol dan adik beradik dia yang lain.. serta, tyroid.. keputusan bacaan darah perlu diambil sebulan selepas tarikh ini.. yakni tanggal 24 jun 2016

1 ramadhan / 6 jun 2016 .. istihadah bermula semula selepas "kosong" seminggu.. aih... ramadahan pertama pulak tu... tp org istihadah ni WAJIB SOLAT & PUASA.. takde alasan ye...

16 jun 2016 .. cycle baru pun bermula semula.. pada saat entry ini ditaip.. insyaAllah baru berpuasa semula...

24 jun 2016 .. keputusan darah sudah diterima.. Alhamdulillah.. saya bebas dari sebarang perkara yang tidak diingini..

memang niat saya, jika keputusan darah saya bebas dari sebarang penyakit, saya akan buat rawatan alternatif. iaitu Rawatan Islam. jadi saya suarakan pada kawan serumah untuk bertanya kepada Ustaz Perawat.. tak disangka-sangka.. semalam (26 Jun 2016) saya menerima semula rawatan islam..

jd bermula la semalam, satu sesi rawatan dan pendinding diri sendiri yang di ajar oleh ustaz. detik ustaz datang rumah, saya dah berdebar, tangan memang menggigil tak ingat.. jd ustaz minta saya cerita kronologi saya dengan "gangguan".. so dah selesai sesi penceritaan, ustaz pun nak mulakan sesi scan..

sebelum ustaz scan diri saya, ustaz buat pendinding untuk dirinya sendiri.. masa tu.. rasa sebak.. sedih.. berdebar.. menggigil.. pastu hilang bila ustaz mula scan..

ada la beberapa ayat2 yang ustaz baca.. kemudian ustaz tepuk2 belakang. tu salah satu kaedah rawatan islam ye.. bukan sesaja nk tepuk belakang.. then dia tekan2 kat point yg ada kat belakang badan.. mula2 tak sakit.. pastu ustaz suruh minum air syifa'.. habis sebotol. perut rasa tak sedap.. nak termuntah.. then ustaz ulang semula tepuk belakang.. ustaz suruh saya minum botol kedua.. aduhhhh... habis je betol kedua, saya mmg rasa nk termuntah. (memang muntah pun).. habis pagar rumah, sesi rawatan bermula semula... ustaz tekan2 point kat belakang badan, tetiba, ada satu point tu rasa panas sikit.. then ustaz rawat la.. pas habis rawat.. ustaz tnya ok tak.. rasa ok la.. tak panas dh.. alhamdulillah..

jd sekarang, bermulalah sesi rawatan syifa untuk diri sendiri.. mula petang ni, ada air yang ustaz bekalkan untuk saya mandi... pesanan ustaz, yang penting niat.  kita niat dan doa untuk melindungi diri kita dari gangguan makhluk lain..

ok la.. panjang lebar entry saya kali ni... insyaAllah.. jika saya dapat merasa kesan syifa' tu keatas diri saya, saya akan share dengan semua.. doakan kesembuhan saya ya para pembaca.. adiooss...


selamat berbuka puasa semua.. senyum selalu..

Comments

Popular Posts