LaGi teNtaNg IsU kAnAk - KaNaK....
sebelum ini banyak berita mengenai penculikan, penderaan, pembunuhan yang kejam terhadap kanak - kanak di Malaysia. Namun begitu, masih ramai yang mengaanggap kejadian seumpama ini adalah tidak begitu serius. malah dipandang enteng oleh sesetengah golongan masyarakat. Setelah pembunuhan kejam arwah adik Nurin Jazlin Jazimin terjadi, barulah masyarakat membuka mata terhadap kes - kes seumpama ini.
Belum pun selesai kes siasatan dijalankan keatas kes adik Nurin, kita dikejutkan pula dengan kehilangan adik Sharlini yang masih belum dijumpai samapai saat ini. Berita baru - baru ini pula ialah tentang pembunuhan kejam adik Dirang dimana arwah dikatakan keluar secara bersendirian kemudian diculik. Selepas dua hari di cari barulah keluarganya menjumpainya, namun telah pun menjadi mayat kerana telah rentung dibakar.
Namun begitu, ini hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan kes sebenar yang dilaporkan kepada pihak polis. Apa yang hendak dibincangkan dalam penulisan kali ini adalah mengapa penjenayah - penjenayah ini berkelakuan seperti ini. Apa yang mereka mahukan denan melakukan jenayah kejam terhadap insan bergelar kanak - kanak.
Comments
Post a Comment