pEnGeNaLaN

Kali pertama saya bertemu dengan Pn. Putri Afzan Maria membuatkan saya teruja untuk terus bersama - sama beliau dalam kelas Pegurusan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Latar belakang pendidikan beliau menarik minat saya untuk terus mendalami bidang Pendidikan Awal Kanak - Kanak dengan lebih mendalam.

Pada permulaan kelas, beliau telah menceritakan pengalaman beliau sebagai ibu yang membesarkan 3 orang anak di perantauan. Membesarkan anak di United Kingdom adalah satu tugas yang sangat mencabar. Ini kerana ketiadaan ibubapa disisi sebagai pendorong amatlah payah. Tetapi beliau merupakan seorang yang mempunyai semangat yang kuat. Syabas buat Puan..

Mendengarkan cerita daripada Puan, kita dapat mengetahui bahawa UK telah menggubal satu undang - undang untuk meyamartakan sistem pendidikan awal kanak - kanak di sana. Ia dipanggil Sure Start Program. Secara  dasarnya Sure Start Program merupakan bantuan daripada kerajaan UK untuk membantu penduduk yang kurang bernasib baik dari segi pendidikan mahupun dari segi sosio-ekonomi. 

Beliau juga ada menceritakan tentang Mr Thumble yang merupakan sebuah saluran pembelajaran yang berada dalam Youtube. Beliau menggalakkan kami untuk menonton Mr Thumble untuk menambah ilmu sedia ada kami. Setelah melihat Mr Thumble ini di dalam Youtube, ia merupakan satu pendekatan yang digunapakai oleh masyarakat disana untuk mengajar anak - anak mereka bertutur dan mengunakan bahasa isyarat. Program ini juga adalah untuk membantu kanak - kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Ini amat berkesan kerana mereka boleh menyatakan kehendak mereka juga boleh berkongsi perasaan mereka dengan ibu bapa.

Selain daripada itu, kami juga membincangkan tugasan - tugasan yang bakal kami laksanakan sepanjang semester ini. Antara tugasannya ialah, "reflective writing" yang boleh dijadikan dalam pelbagai bentuk. Penulisan blog untuk "reflective writing' ini menjadi pilihan. Selain daripada penulisan blog, kaedah buku skrap juga boleh dilaksanakan. Antara isi kandungan "reflective writing" ini terdiri daripada hasil perbincangan dalam kumpulan mengenai apa - apa saja yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Awal Kanak - Kanak.

Untuk ini sahaja sesi "reflective writing" untuk kali pertama. Semoga berjumpa lagi untuk perbincangan yang selanjutnya.

Comments

Popular Posts