Rancangan Pengajaran Harian Modul Teras Asas BM



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari                                                        :              Khamis
Tarikh                                                     :              30/8/2012
Masa                                                      :              60 minit
Lingkungan Umur                                    :              6 Tahun
Bilangan Murid                                        :              25 orang
Tunjang Utama                                        :              Bahasa dan komunikasi
Modul                                                     :              Teras Asas
Standard Kandungan                                :              BM 3.5 Membaca perkataan
             BM 4.2 Kemahiran menulis
Standard Pembelajaran Murid                   :              BM 3.5.4 Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk menjadi
                                                                             perkataan.
                                                                             BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul
Objektif Pembelajaran                             :              Pada akhir pembelajaran ini,  murid dapat:
                                                                                a. membaca perkataan – perkataan yang terlibat dengan betul
                                                                                b. Mengeja suku kata dengan betul.              
                                                                                c. menyalin semulan perkataan di ruang yang disediakan dengan
                    betul.
Alat Bahan                                             :              carta dan petikan perkataan                           
Pengetahuan Sedia Ada                           :              Kanak-kanak mengetahui beberapa perkataan.
Penerapan Nilai                                       :              Yakin, usaha, gembira dan tekun
Kecerdasan pelbagai                               :              kemahiran bahasa dan linguistic.



Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Kaedah /Bbm
Set
Induksi
(5minit)

Pergerakan ringkas
Guru akan membuat sedikit pergerakan ringkas dengan kanak-kanak.
Kanak-kanak akan mengikut pergerakan ringkas bersama guru.
Kaedah
Pembelajaran induktif
Langkah 1
(25 minit)
Mengajar kata berimbuhan.
1.       Guru akan bertanya kepada kanak-kanak mengenai gambar yang terdapat di carta.
2.       Guru memberi arahan kepada kanak-kanak supaya  mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat di sebelah gambar.
3.       Guru akan menerangkan kepada kanak-kanak maksud perkataan  itu.
4.       Guru akan membimbing kanak-kanak untuk membaca perkataan tersebut secara kuat.
5.       Guru akan membimbing kanak-kanak memilih perkataan yang betul dengan gambar di carta.
1.       Kanak-kanak akan melihat dan menjawab pertanyaan guru mengenai gambar yang terdapat di carta.
2.       Kanak-kanak akan mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat di carta.
3.       Kanak-kanak akan mendengar penerangan daripada guru dengan teliti.
4.       Kanak-kanak akan membaca perkataan tersebut secara kuat dengan bimbingan guru.
5.       Kanak-kanak akan dibimbing oleh guru untuk memilih perkataan yang betul dengan gambar di carta.
Kaedah
Pembelajaran induktif

BBM
Carta ayat mudah
Langkah 2
(25 minit)
Aktiviti pengukuhan
Guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak dan memberi arahan kepada kanak-kanak untuk melaksanakan lembaran kerja tersebut.
Kanak-kanak akan menerima lembaran kerja daripada guru dan mereka akan melaksanakan lembaran kerja tersebut.
Kaedah
Pembelajaran deduktif

BBM
Lembaran kerja
Penutup
(5 minit)
Mengingat kembali.
Guru akan bertanya kembali mengenai perkataan yang dipelajari kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak akan memberi respon terhadap pertanyaan guru.
Kaedah
Pembelajaran deduktif


Refleksi pembelajaran :
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Comments

Popular Posts