kaJian keSedaRan Ibu Bapa teRhaDap PAKK

Pada kali ini, saya akan membincangkan mengenai kajian kesedaran ibu bapa terhadap Pendidikan Awal Kanak – Kanak. Adakah kita tahu tahap kesedaran ibu bapa pada masa kini terhadap Pendidikan Awal Kanak – Kanak?  Mari ikuti kupasan yang saya lakukan untuk tatapan semua..

Dalam merentasi alam cyber dan teknologi maklumat tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan memimpin sesebuah negara pada alaf yang akan datang.
Menurut Prof. Madya Dr. Mastura Badzis (2009) di dalam artikel yang bertajuk “Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif” menyatakan hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak berusia 8 tahun.

Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 80 -85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Oleh itu boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.

Dalam perbincangan di dalam artikel Mariani Md. Nor (2006) “Realiti Trend Dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak” menyatakan terdapat tiga elemen yang penting iaitu kesan sosial, kesan kurikulum dan persediaan tenaga pengajar. Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang mementingkan interaksi antara satu sama lain. Interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Dapatan kajian oleh penulis (Mariani et al., 2006) mengenai faktor persekitaran seperti ibu bapa yang mempengaruhi penyesuaian kanak-kanak di bilik darjah prasekolah mendapati 99.4% ibu bapa membantu kanak-kanak mendapatkan bahan pembelajaran yang sesuai untuk pendidikan. 

Persekitaran yang kondusif menunjukkan 89.5% memilih keperluan kelas dan 84% kemudahan-kemudahan lain yang disediakan untuk pemilihan anak-anak mereka belajar. Seramai 98.8% Ibu Bapa menyatakan komitmen mereka dalam menyemak kerja rumah anak-anak mereka pada usia kecil ini.

Kaori Okano (2004) Pendidikan Moden Jepun menyatakan sekolah mensosialkan dan mengakulturasi kanak-kanak sebagai persediaan menempuh alam dewasa di Jepun. Pelajar menyemai nilai dan sikap tertentu yang dikehandaki masyarakat dominan. Proses sosialisasi kanak-kanak dalam keluarga dikaji dalam penyelidikan psiokologi yang menunjukkan bagaimana keluarga Jepun mensosialisasikan bayi dan kanak-kanak sejak lahir. Terdapat perbezaan dinamik dalaman keluarga Jepun dengan Amerika, khususnya cara kanak-kanak dibesarkan sebelum masuk sekolah. Dalam kajiannnya Azuma menegaskan (1986; 6-8) bahawa para ibu di Jepun begitu memanjakan anak mereka menyebabkan kanak-kanak selesa dalam keluarga hasilnya anak-anak mudah dididik mengikut cara yang dikehendaki oleh ibunya.

Topik seterusnya yang akan saya bawa ialah ciri – ciri pendidikan islam terhadap pendidikan awal kanak – kanak. Ini satu topik yang cukup baik untuk saya bincangkan dengan anda dalm laman maya ini..

Jumpa lagi... 

Comments

Popular Posts