PeRuBAhaN yAng meMbeRanSanGkaN..

seperti tajuk diatas anda tertanya - tanya apa yang berubah? atau siapa yang di ubah? dan kenapa saya mengatakna bhawa ia merupakan perubahan yang memberansangkan... ha... mari ikuti apa yang saya akan bentangkan sekejap lagi...pada minggu ini kami telah belajar mengenai macam mana nak buat marketing strategies...ada banyak cara...contohnye kami boleh buat melalui banner, banting, fliers, pamplet (media cetak)..melalui blog pun boleh..(media elektronik).

kami telah pun merancang awal- awal lagi bagaimana untuk kami memperkenalkan pusat jagaan kami pada orang ramai...tiba - tiba timbul satu idea untuk menubuhkan  pusat jagaan ini di dalam bangunan....pernah anda jumpa dengan sebuah pusat jagaan di dalam bangunan? kalo pernah bagus...idea ni tercetus apabila tiba - tiba saya teringat yang saya pernah pergi ke sebuah pusat jagaan dalam bangunan di Damansara...

kawasan pusat jagaan tersebut sangat menarik..so colourful..sesuai dengan perkembangan kanak  - kanak mengikut umur..jadi saya pun mencadangkan pada ahli kumpulan saya..adakah sesuai kita mahu meletakkan pusat jagaan kita di dalam bangunan dan apakah logik nya di tubuhkan di dalam bangunan...tiada kata putus yang dapat kami buat..jadi kami mengambil keputusan untuk berbincang dengan Dr. adakah sesuai kami menubuhkan sebuah pusat jagaan di dalam bangunan. beliau mengatakan bahawa cadangan itu sangat menarik..kerana tidak banyak bangunan di Malaysia (mostly yang ada company) tidak ada pusat jagaan di dalamnya...kan sekarang banyak isu orang gaji mendera anak - anak, anak mati tersedak susu dan macam - macam kes lagi yang tidak dilaporkan...

sehubungan dengan itu..cadangan ini dapat diterima oleh semua ahli kumpulan saya...kami juga turut bertanya kepada Dr. sasaran bangunan yang patut kami sasarkan...memandangkan beliau pernah bekerja dalam bangunan KLCC beliau mencadangkan kami membuat proposal untuk menubuhkan pusat jagaan dalam bangunan Petronas KLCC..menarik bukan? beliau turut membantu kami dalam membuat sedikit lakaran dalaman yang terdapat dalam bangunan KLCC...kumpulan saya berjaya menemui satu lakaran pelan lantai dalam MR. GOOGLE..hehehe...jadi kami sepakat untuk mengambil lakaran tersebut dan menjadikan ia pusat jagaan kami...

Saya mewakili ahli kumpulan saya akan menjadi duta pusat jagaan kami (nama dirahsiakan sehingga diberitahu)..bukan apa sebab ahli kumpulan yang lain tak de blog...nanti saya akan sertakan sekali lakaran yang menjadi contoh untuk kami jadikan pusat jagaan kami...kami juga bertungkus lumus menyiapkan poster yang telah diarahkan oleh Dr. untuk dijadikan bahan pembentangan kami...ye la selalu kita dengar presentation mesti ada slide kan...jadi Dr. nak ubah sikt style presentation dengan menggunakan poster...kt sini x dapatla saya nak sertakan sekali sebab masih dalam progress dan rahsia..hehehe...harap - harap semua yang membaca ni terhibur dan faham penyampaian saya dalam penulisan sebelum - sebelum ini...

jumpa lagi...

 


Comments

Popular Posts