AnaK aNugeRah iLaHi

Pada minggu ini saya akan membincangkan isu anak berdasarkan pandangan Islam. Anak, seperti yang kita tahu, anak merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Allah. Mereka juga merupakan amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatan dunia dan akhirat. "anak yang dilahirkan umpama sehelai kain putih yang menunggu saat dicorakkan ibu bapanya" Mohd Shahrizal Nasir.

artikel ini dipetik daripada Mohd Fadly Samsudin dalam Harian Metro bertarikh 4 Mei 2012 pada hari Jumaat. Setiap individu akan diuji dengan kegagalan, kekecewaan, kemiskinan atau kesakitan. Malah kebahagiaan, kemewahan dan kecantikan juga natra ujian buat mereka.

Hakikatnya. manusia diuji dengan cara yang berbeza - beza bagi menilai rasa kehambaan kepada Penciptanya. Allah berfirman yang bermaksud : "Katakanlah: Tidak sesekali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkanapa yang ditetapkan Allah bagi Kami. Dialah pelindung kami dan (dengan keparcayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal". (Surah At-Taubah ayat 51).

Sebab itu, apabila ditimpa ujian, kita perlu pasrah dengan apa yang berlaku malah tidak sesekali mempersoalkannya. Umat Islam juga diajar supaya mengucapkan kalimah istirja' iaitu "innalillah wa inna ilaihi raji'un" apabila ditimpa ujian. Maksudnya, iaitu orang - orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik ALlah dan kepada-Nya kami kembali. tidak terlepas dalam masyaratkat kita, ada yang mempercayai musibah yang berlaku datangnya daripada sial, badi atau nasib malang.

Contohnya, mengaitkan musibah yang berlaku seperti perniagaan merudum, bankrap atau ditimpa bencana berpunca daripada sial yang dibawa oleh anak. Berpegang kepada kepercayaan itu, ada yang sanggup membunuh, mencederakan serta menyisihkan anak yang tidak berdosa itu.Jika begitulah tahap pemikirannya, jelas mereka terbabit dengan kepercayaan karut lagi menyesatkan..mereka tidak tahu bersyukur dan menghargai 'harta' yang cukup bernilai itu. sekiranya umat islam faham dengan konsep qada' dan qadar Allah, mereka tidak akan merasa kecewa, sebaliknya bersangka baik dengan Allah dan bersedia mengharungi dugaan itu dengan penuh reda. 

Anak adalah anugerah Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat. Kekuasaan Allah dalam menentukan sesuatu perkara yan bersifat mutlak. Firman Allah yang bermaksud : " dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan sesuatu) , maka (cukuplah) Dian hanya mengatakan kepadanya : 'Jadilah'. Lalu jadilah ia." (surah Al-Baqarah, ayat 117).

apabila memilih untuk 'menentang' takdir ternyata kita tidak dapat menerima hakikat kehidupan sebenar malah memilih untuk memberontak serta mempersoalkan. Bagi yang sudah dikurniakan zuriat sendiri, peliharalah anak itu dengan sebaiknya. Berdoalah supaya anak itu kelak menjadi soleh dan solehah.

nah..ini merupakan satu kupasan yang bagus untuk dibincang dan dihayati bersama...anak adalah satu barang yang tidak ternilai harganya...jadi kepada kawan - kawan yang akan menjadi ibu atau yang telah bergelar ibu...bersabarlah, redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita ...

jumpa lagi...

Comments

Popular Posts