cinta tak bertanda

assalamualaikum people!!!

sekarang jom nikmati sambungan ceritera sy yg tidak seberapa.. jika ada komen dan kritikan membina, boleh la drop kt ruangan komen ye...

hari pertama di syarikat, ruangan yang elegan. gaya korporat boleh dilihat di mana-mana.. ye lah.. syarikat GLC.. mestilah kena pada gaya dan persekitaran.. Nani melangkah penuh keyakinan. setelah bertanya kepada receptionist Nani memulakan langkah ke bahagian lif. destinasi tingkat 5. pejabat Sumber Manusia. setibanya di situ, Nani menengur seorang wanita yang berada di meja hadapan pintu. menyerahkan surat lapor diri kepada gadis itu.

Setelah tiba di hadapan bilik Executive Officer Of Human Resource. Nani kaget. Wajah yang dirindui dan dalam setiap sujudnya ada di situ. Al-Amin! Nani tersenyum senipis yg mungkin. menegur secara bukan lisan. Al-Amin membalas semula senyuman Nani. setelah menerima taklimat ringkas daripada Puan Norizan, mereka di bawa ke cubical kerja mereka. tidak berdekatan tempat kerja mereka.

setelah beberapa bulan bekerja di sana, Nani dapat membiasakan diri dengan persekitaran di sana. kerja sebagai akauntan amat memenatkan dari segi mental. setiap hujung bulan pasti kesibukan melanda. rakan-rakan sekerja kelihatan kelab kabut menyiapkan closing account. Nani tenang menyiapkan kerja. tidak pernah di bawa pulang kerja di pejabat ke rumah. sudah di pesan ibu tersayang agar, biasakan diri dengan tidak membawa pulang kerja-kerja pejabat supaya nanti bila sudah bekerluarga dapt menumpukan perhatian kepada keluarga sahaja.

seperti biasa, hampir sahaja masuk waktu solat, Nani akan bergerak turun ke surau untuk menghambakan diri kepada Pencipta alam semesta. waktu rehat digunakan sebaik mungkin utk menghadap Ilahi. setiap kali ingin ke surau, pasti bertembung dengan Al-Amin. Al-Amin bukan ke surau, tetapi keluar utk mengisi perut mungkin. setiap kali bertembung dengan Al-Alin, hati Nani seperti disiat-siat kerana Al-Amin pasti di temani seorang wanita yang cantik. lebih anggun gayanya.

Nani hanya mampu tersenyum. cuba memujuk hatinya yang kecewa. cinta datang bertepuk sebelah tangan. namun cinta kepada Ilahi masih di carta hati yang teratas. orang yang bersabar adalah orang yg Allah sayang. justeru, Nani hanya perlu bersabar. sehinggalah satu hari, Allah memberi peluang kepada Nani dan Al-Amin untuk bersama menghadiri bengkel luar selama 3 hari di hotel,

mereka menaiki satu kereta yang sama untuk ke destinasi. Nani diam berzikir. hanya mulut terkumat kamit berzikir. Al-Amin mula bicara.

"Nani, kenapa awak hanya tersenyum sahaja bila kita terserempak? kenapa awak tidak pernah menegur saya walaupun hanya dengan Hai"?

"Saya tidak ada apa yg hendak dikatakan kepada awak. baik say berdiam diri"

"saya suka awak Nani. dah lama saya suka awak. tp sy tgk awak mcm tak berminat untuk bercinta, jd sy guna kesempatan ni utk meluahkan perasaan sy kat awak"

Nani terkelu. perasaan Nani bercampur baur.


haaa.... cukup la... sy nk cari ilham kejap.. nnt sy uodate lg.. ape jadi dengan Nani dan Al-Amin

Comments

Popular Posts